Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Ihsan
NO 20, JALAN RK 4/25, RASAH KEMAYAN, 70300, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
RAYUAN SUMBANGAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Ihsan memerlukan DANA SUMBANGAN DAN WAKAF bagi pendidikan, pembangunan, serta baik pulih kerosakan Maahad supaya anak-anak Tahfiz boleh meneruskan pembelajaran dalam bidang agama dengan suasana yang lebih baik dan selesa.
HASRAT DAN IMPIAN ANAK-ANAK HAFIZ |
Seorang hamba Allah yang bermurah hati telah mewakafkan sebidang tanah di Kampung Amar Penghulu, Kuala Kalawang Jelebu Negeri Sembilan untuk kami membina sebuah Komplek Madrasah yang selesa dan juga dapat memberi peluang lebih ramai lagi pada golongan remaja yang ingin menjadi seorang huffaz. Walaubagaimanapun hasrat untuk membina Komplek Madrasah ini masih tidak dapat diteruskan atas faktor kewangan yang masih belum mencukupi. Anggaran keseluruhan untuk melaksanakan Komplek Madrasah ini adalah berjumlah sebanyak RM2.5 juta . Sebahagian tanah wakaf tersebut, kami turut merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bagi menambahkan dana madrasah seperti penternakan ayam, ikan dan juga tanaman sayur-sayuran. Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan sokongan untuk membantu kami dalam merealisasikan hasrat dan impian kami. InsyaALLAH..
GAMBARAN DAN PLAN BINAAN KOMPLEK MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN WAL IHSAN
Kampung Alur Penghulu, Mukim Ulu Klawang
(0.4889 hektar / 1 ekar 33.3 pole)
Maahad kami masih lagi serba kekurangan terutamanya dari segi fasiliti. Kami dalam proses ingin membina bangunan yang baharu.
Bantulah kami wahai saudara Islamku, untuk kami mempertahan dan meneruskan perjuangan ini untuk melahirkan Generasi Bertaqwa Berilmu bagi kebaikan Ummah.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula beroleh pahala yang mulia.” Surah al-Hadid 57:18.
Dengan segala hormatnya Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Ihsan memohon dan membuka peluang untuk saudaraku membina MAHLIGAI SYURGA dengan BERINFAK DAN BERWAKAF bagi pendidikan anak-anak Tahfiz dan dana pembangunan Maahad ini.
Sedekah adalah penawar dan penyembuh..
Sedekah tidak akan membuatmu miskin..
Sedekah amal yang tidak akan putus sehingga mati..

Gunakan Waze untuk memandu ke Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Ihsan: https://waze.com/ul/hw22rq8fmq
- Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Ihsan telah ditubuhkan pada 1 Mac 2012
- Telah berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 6 Mac 2014
- Nombor pendaftaran 41-156/2014
- Masih menyewa di sebuah rumah sehingga ke hari ini
- Mempunyai seramai 20 orang pelajar (Tahun ini)
- Seramai 7 orang pelajar telah berjaya menjadi Hafiz
WAKIL PERLAKSANAAN HAJAT
- Solat hajat (setiap hari selepas maghrib atau sebelum subuh)
- Tahlil & Yassin (setiap hari khamis selepas maghrib)
- Aqiqah (jamuan untuk tahfiz dan diiringi doa selamat)
- Khatam Alquran (dilaksanakan atas permintaan yang khusus)
Jika saudara mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi di talian:
011-10027218 - Hj. Zaini Bin Atan - Pengerusi
011-32011222 - Ustaz Huzaifah Bin Zainal - Mudir